Menu
Datuk Bandar Kuala Lumpur PentadbiranMengikut peruntukan seksyen 4 (2), Pelantikan Datuk Bandar, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. Datuk Bandar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mentadbir ibu kota Kuala Lumpur selama tempoh 5 tahun. Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa untuk memecat mana-mana orang yang memegang gelaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar juga mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada Datuk Bandar (Seksyen 13 (1) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960). Menurut seksyen 12 akta yang sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh menjalankan segala kuasa yang dipertanggongjawabkan kepada anggota dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ibu pejabat DBKL kini terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Tempoh | Nama Datuk Bandar | Lahir - Mati | Parti politik |
---|---|---|---|
1 Feb 1972 - 15 Mei 1972 | Datuk Lokman bin Yusof | 1910 - 1972 | Tidak berparti |
Jul 1972 - 1 Feb 1984 | Tan Sri Yaacob bin Abdul Latiff | 1918 | Tidak berparti |
1 Feb 1984 - 17 Nov 1992 | Tan Sri Datuk Seri Elyas bin Omar | 1936 - 2018 | Tidak berparti |
17 Nov 1992 - 14 Dec 1995 | Datuk Mazlan bin Ahmad | 1943 | Tidak berparti |
14 Dec 1995 - 14 Dec 2001 | Tan Sri Datuk Kamaruzzaman Shariff | 1941 | Tidak berparti |
14 Dec 2001 - 14 Dec 2004 | Datuk Mohmad Shaid Mohd Taufek | L1947 | Tidak berparti |
14 Dec 2004 - 14 Dec 2006 | Datuk Ruslin Hasan | 1950 | Tidak berparti |
14 Dec 2006 - 14 Dec 2008 | Datuk Abdul Hakim Borhan | 1951 | Tidak berparti |
14 Dec 2008 - 15 Julai 2012 | Tan Sri Ahmad Fuad Ismail | 1953 | Tidak berparti |
18 Julai 2012 - 17 Julai 2015 | Tan Sri Ahmad Phesal Talib | 1959 | Tidak berparti |
18 Julai 2015 - 2 Oktober 2018 | Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz | 1955 | Tidak berparti |
2 Oktober 2018 - kini | Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan | 1959 | Tidak berparti |
Sejak pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia telah digantung sejak tahun 1970, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dilantik oleh Menteri Wilayah Persekutuan.[1]
Menu
Datuk Bandar Kuala Lumpur PentadbiranBerkaitan
Datuk Datuk (gelaran) Datuk Gong Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Patinggi Bintang Kenyalang Datuk bandar Datuk (keluarga) Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Bandar London Datuk KeramatRujukan
WikiPedia: Datuk Bandar Kuala Lumpur http://www.citymayors.com/government/malaysia_gove... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Akta%2059.pdf http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Akta%20190.pdf